Friday, June 14, 2013

Saturday, June 1, 2013


PENGENALAN

 SEJARAH TANAMAN KOPI

Tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1799 dimana jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Pada masa ini kopi jenis Liberica sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor manakala jenis Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Pokok kopi adalah golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras
ketinggian 6 – 15 m. Kopi Robusta adalah salah satu kopi yang bermutu tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi segera disamping kopi Arabica. Oleh itu permintaan terhadap kopi Robusta kini semakin meningkat dan ia digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi dari negara luar.

KHASIAT KOPI

Minuman yang dikenali di seantero dunia ini mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Kajian saintifik telah memeriksa hubungan antara penggunaan kopi dan kaedah perubatan. Antara faedahnya ialah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, hati, diabetes dan gout. Kopi berkafein bermanfaat untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit nyanyuk ( Alzheimer's ) dan penyakit parkinson's .Kandungan anti oksidan dalam kopi akan menghalang kerosakkan sel-sel otak .Jadi peminum kopi akan mendapat manfaat dari bahan kafein yang terdapat pada biji kopi.Amalan meminum kopi yang tidak berlebihan akan dapat mengawal dan mengurangkan rasa mengantuk. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan kandungan kafein dalam kopi juga menjadi salahsatu bahan pelengkap untuk mengurangkan sakit kepala kerana kemampuannya untuk mempersempitkan pembuluh darah ke otak. Ia juga dapat mengurangkan dan mampu memecahkan lemak. Jurnal Human Psychopharmacology : Clinical and Experimantal membuktikan bahawa saintis mendapati pengambilan kafein dan gula pada masa yang sama akan meningkatkan prestasi otak seperti menguatkan daya ingatan.

KESIMPULANNYA :


1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.



KHASIAT KOPI " ANAS " INSYALLAH :

- MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG, HATI, DIABETES, GOUT, PARKINSON  DAN NYANYUK .
- MENGURANGKAN SAKIT KEPALA DAN RASA MENGANTUK.
- MENGUATKAN DAYA INGATAN
- MEMECAHKAN LEMAK.


 PENGENALAN TENTANG SYARIKAT

ANAS GLOBAL SDN. BHD. ( AGSB ) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Syarikat memberi fokus kepada pembuatan dan pemasaran produk yang dibuat dari biji kopi asli yang diberi nama “ KOPI ANAS “ . Syarikat ini telah beroperasi bermula dari tahun 2009.
Galakkan dan sokongan dari kerajaan pula telah memberikan keyakinan kepada AGSB untuk mengembangkan lagi sektor ini. Termasuklah dalam mempelbagaikan produk-produk yang baru.
Impian AGSB adalah untuk menjadi sebuah Syarikat pengeluar produk minuman dari biji kopi asli yang maju , berdaya saing, dan terbaik.

Misi syarikat
Mengembangkan perniagaan di samping menghasilkan produk yang terbaik agar dapat memberikan  kepuasan kepada pelanggan

Objektif
Dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan, secara tak langsung akan dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk kami. Dengan itu, nama syarikat akan menjadi lebih dikenali ramai.

Secara tak langsung memudahkan syarikat untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan-pelanggan baru dan pelanggan ulang. Oleh yang demikian, syarikat akan dapat mengembangkan lagi perniagaan dan juga keuntungan

Antara produk yang kami pasarkan ialah:-

~ Dibuat dari kopi asli robusta
~ Tiada campuran bijan dan kacang hijau
~ Tidak dimasak dengan marjerin
~ Mempunyai aroma kopi yang tulen

KOPI ANAS UNCANG
~ Dibuat dari kopi asli robusta
~ Tiada campuran bijan dan kacang hijau
~ Tidak dimasak dengan marjerin
~ Mempunyai aroma kopi yang tulen

Latarbelakang Syarikat
Nama Syarikat : Anas Global Sdn. Bhd.
No. Syarikat : 879704 -U
Tarikh daftar : 18th November 2009

Telefon : +605-2267619
Facsimile : +605-2267619
E-mail : anas_global@yahoo.com
Laman web : anas-global.blogspot.com

Alamat  : No D-1 ,Kawasan Industri Mara (KIM),Batu 7 1/2 ,Jalan Tambun 31150 Ulu Kinta Perak Malaysia .

Tel : 05 2267619 / 019 5761173 / 017 5381774

MTRADE members : 34888
Jenis Perniagaan : pembuatan dan perdagangan ( trading )